Zaman kegemilangan
[sunting]Pra Malaysia
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesiasetelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel.[2]
[sunting]Pasca Malaysia
Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama sepertiNamat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan captain Abdullah Nordin.[2] Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya. Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) danR. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.[3]
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan dan Khairul Azman Mohamedmemberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali.
ok la blog ang macam blog aq la gak waktu mula mula wat dulu..
ReplyDelete